Kedamaian Abadi

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Ciri - Ciri Wanita Solehah



Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah sallallahualaihi-wasallam bersabda : “Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”
Dalam sebuah hadis yang Rasulullah sallallahualaihiwasallam bersabda: “Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya diaakan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)
Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya. Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:
1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya ) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…”
(Surah An-Nisa’:34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah sallallahualaihi-wasallam, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik diluar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah. Rasululllah bersabda, “Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”
2. Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk dirumah bukan bererti hanya berdiam diri sahja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.
3.Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala ramutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri. menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.”
(HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana , kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
4. Melayani suami
Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya . Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sekit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.
5. Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahaian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya: “Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”
(Surah Al-A’raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Ahzab:59)
6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”.Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya . Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:
Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
Bersikap malu terhadap suami.
Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
Sentiasa menghormati keluarga suami .
Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Khutbah Terakhir Rasullulah S.A.W

Hari ini, 1394 tahun yang lalu (menurut perhitungan kalender Masehi) atau 1417 tahun yang lalu (menurut perhitungan kalender Hijriyah), ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.“
Semoga kita bisa kembali meneladai Rosullulah S.A.W. dan menjalankan Sunnah yang telah diajarkan kepada kita semua kaum Muslimin

Kelebihan Solat Berjemaah

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH MENURUT TEORI FIZIK
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.
Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.
Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang.
Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama.
Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.
Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam

Penawar Hati Yang Duka

Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah pencipta sekelian alam. Mengapa kita memuji?..kerana kebiasaan pujian diberikan apabila kita diberikan sesuatu yang berharga.
Apabila orang kaya membantu orang miskin, maka akan dipuji orang tersebut dengan pujian yang selayaknya. Apabila kita bantu orang bina rumah atau kita buat gotong royong, maka akan dipuji ringan tulang.Seorang ibu, bila anaknya patuh dan taat padanya, maka akan dipuji anaknya di merata tempat bahawa dia bersyukur dapat anak sebaiknya.

Siapa Patut Dipuji?

Oleh sebab itulah, kepada tuhan, Allah, kita puji dia, kita ucapkan perkataan-perkataan yang membesarkan dia kerana dalam hidup ini kita tidak pernah menguasai diri kita. Setiap perlakuan kita , Allah yang atur. Nafas, pam darah , kawalan gula dalam darah , penyerapan oksigen dalam paru-paru , sehingga membuang air pun ,Allah yang kawal.
Kita ambil contoh, jika kita yang nak kawal sendiri nafas kita, maka kita boleh kawal nafas kita tak lebih dari 5 minit kita boleh bertahan. Dan pasti, kita akan lelah lepas tu, nafas kita jadi kencang lepas tu. Maknanya di sini, kita tidak boleh kawal nafas kita sendiri. Atau kita nak cuba kawal dari membuang air besar. Maka di sini, kita boleh tahan tak lebih dari 4 hari.Kalau boleh pun, akan sampai satu masa , akan keluar juga atau perut kita akan sakit. Jadi nak tak nak, kena buang air besar jugak. Kerana padanya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu pada diri kita.

Dan kalau kita nak kawal juga, setara manakah kita boleh kawal? Cuba kita perhatikan ketika kita tidur, siapakah yang mengawal diri kita, nafas, paru-paru, jantung….? maknanya secara keseluruhannya, kita satu habuk pun tak boleh mengawal diri sendiri, tetapi ada kuasa yang mengawal diri ini, itulah Allah.

Apa sifat Tuhan?

Allah ni sifatnya banyak, antaranya, dia maha pengasih, penyayang , kaya. Dan kaya Allah ni sehinggakan dia tak perlukan apa-apa dari makhluknya.
Sebagai contoh, seorang majikan , dia gajikan pekerja dia dari pukul sekian sehingga sekian. Bila pekerja tu buat apa yang disuruhnya, maka gajinya akan diberi sebanyak mana yang dijanjikan.Dan bila pekerja dia buat overtime , maka akan digandakan gajinya. Dan dia tak perlukan duit dari pekerja dia sebab dia majikan dan lebih kaya dari pekerja dia. Tapi kalau pekerja dia ponteng, buat malas, akibatnya dibuang kerja atau dipotong gaji dan sebagainya.
Begitulah Allah, bila kita buat apa yang disuruh, solat, puasa, zakat, haji, cari ilmu maka kita akan diberi ganjaran sebanyak mana yang kita buat sebab tu memang kontrak kita.Dan dila kita buat baik dengan manusia, tolong orang, sedekah, buat baik kat anak yatim, ajar orang mengaji dan lain-lain, maka ganjaran yang akan diberi akan ditingkat lagi. dan jika dalam amalan tu disertai dengan tawaduk , ikhlas , maka akan digandakan lagi.
Begitulah contoh kayanya Allah, ikut suka dia je nak bagi ganjaran banyak mana, dan kekayaan dia tak berkurang.

Sebab itulah kita memuji Allah. Dan disebabkan besarnya kepentingan puji Allah ni adalah untuk semua kebaikan dan kemudahan yang Allah bagi kat kita, maka kita diwajibkan puji Dia 17 kali sehari. Tak boleh kurang tapi lebih tak mengapa. Itulah solat 5 waktu . Dalam fatihah ni, cukup semua sekali syarat iman dan amal. Dan yang mula-mula sekali kita baca adalah Basmalah. Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha Penyayang. Pengasih Allah itu buat semua manusia manakala penyayang Allah itu buat golongan beriman sahaja.
Pengasih Tuhan, siapa yang buat dia akan dapat, siapa yang malas, maka dia takkan dapat. Dan penyayang Tuhan itu, diberikannya kebahagiaan, kedamaian dalam kehidupan, kelancaran , kesenangan berurusan, keberkatan rezeki.
Mengapa Sombong?

Dengan sebab semua-semua itu lah , kita tidak boleh berlaku sombong lagi takabbur dalam kehidupan kita. Kerana kita sebenarnya tiada apa-apa untuk disombongkan. Jangan kerana kita sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara , maka kita sudah sombong. Jangan kerana kita lebih cantik sikit, kita dah sombong. Jangan kerana kita kaya kita sombong kerana Allah lagi kaya. Ingat, siapa yang beri kita cantik, kaya, pintar tu semua?…. Allah.

Cuba kita renungkan ayat ini

“apakah manusia itu tidak memerhati sesungguhnya kami menciptakannya dari “nutfah” (sel yang kecil), maka dia menjadi penentang yang nyata”
Begitulah perumpamaan yang Allah bagi, setara mana kita nak sombong atas muka bumi ni? Adakah kerana hubungan kita dengan sesama rakan-rakan lebih rapat berbanding orang lain maka kita mahu sombong? atau kerana kita diberi kelebihan sikit dari orang lain maka kita nak sombong?

Ingat…bila kita nak sombong-sombong ni, kita cuba check balik, dari mana kita datang? Dahulu, kita hanyalah dari titisan air mani sahaja. Satu dari banyak-banyak sperma yang ada. Dan ianya keluar dari 2 tulang sulbi lelaki.Kemudian ia bertukar menjadi embrio, fetus dan menjadilah kita sekarang ni. Dari titisan air itu, kita diberi paras rupa, otak yang cerdik, kekayaan jiwa dan harta yang melimpah ruah. Cuba kita renungkan , siapakah yang beri semua ini??….Allah.

Siapa Penyombong Sebenar?

Dan atas muka bumi ni, orang yang paling sombong adalah orang yang tak nak sujud pada Allah!!..Itu tanda sombong paling besar. Kerana dalam solat, ada satu bahagian yang kita kena sujud pada Allah. Kepala kita letak atas tanah!!Tempat orang jalan-jalan,lalu-lalang. Dan orang yang taknak sujud ni sebab dia dah rasa cukup apa yang ada dan dia tidak perlu pada sesiapa dah. Sebab tu Allah humbankan golongan-golongan ni ke dalam neraka Allah.
Apa neraka tu? Seksaan, jeritan, laungan, kepayahan, kesusahan, kelaparan ,kehausan, kebengisan, bunyi sebatan, bunyi lolongan , kebusukan, kejijikan dan segala jenis keperitan semuanya ada di neraka.
Sebab itu, apabila kita mahu menghindar diri dari neraka , renungilah ayat ini :
“jika kamu beryukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amat pedih!!”
Tanda kita bersyukur, kita akan membuat apa yang Allah suruh, rukun iman dan islam kita penuhi, membuat baik pada manusia ,tiada umpatan, caci maki, fitnah dan sebagainya. Tanda kita termasuk dalam kufur, kita tinggalkan apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang dilarang.

Siapa Tuhan?
Apakah sudah kita tahu apa itu Tuhan sebelum kita berterima kasih (syukur) padanya? Tuhan itulah tempat tumpuan dan matlamat pengabdian, juga tempat kita mencari perlindungan, kepada tuhan juga tumpuan kecintaan. Tuhan sebagai pemberi rezeki juga sebagai sumber perundangan kita. Apabila kelima-lima ciri ini kita kenal siapa itu Tuhan, maka di situ kita akan dapat bersyukur pada Tuhan sekelian alam, Allah.Allah itulah tuhan.
Apabila kita tidak mengenal Tuhan maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Mengenal tuhan banyak kaitan dengan iman. Tanpa pengenalan kepada Tuhan, maka iman kita tiada kemanisan, umpama gula yang tiada rasa manis garam yang tiada rasa masin.
bila terjadi bergini, lahirlah umat yang hidup pada membesarkan kehidupan dunia. Ketika ummat Islam sudah memuliakan dunia hasil dari hilangnya rasa berTuhan, maka di situ kita akan lihat kehebatan Islam akan tertarik dari mereka. Ketika ummat islam sudah meninggalkan penyeruan kepada kebaikan dan pencegahan pada kemungkaran hasil tidak kenal apa erti Tuhan, maka kita akan melihat keberkatan wahyu tiada pada umat itu. Bilakah zaman itu?…Kita sedang hidup di zaman yang dikatakan itu.

Kenapa kita tak merasa hebatnya Islam?….renung dan fikirkan.
Kenapa kita nampak dunia ni besar dan kita tak nampak akhirat ? Cubalah kita duduk dihadapan sebuah bukit, dan kita letakkan tapak tangan kita depan mata dan tengok bukit besar tu dalam keadaan tangan kita di depan mata. Confirm kita takkan nampak. Tak Nampak. Sampai esok dan bila-bila pun tak nampak. Macam tulah ibarat bila kita besarkan dunia. Kita besarkan dunia, akhirat kita tak nampak, akhirat kita tak ingat, Kebesaran Allah kita tak ingat, seksaan Allah kita lupa, kedahsyatan neraka kita lalai.

About Me

."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Waktu Solat

Foto Keluarga & Teman

Foto Keluarga & Teman
Nik Faris Amsyar

Geng Menuju Puncak

Night View at KLCC

Abg Mie and The Gang

CaK!!!! Kenangan Di Muzium Negara

Angah,Faris,Hidayah,Wani,Abg Ngah and Along

Geng GBS

Gambar kenangan Di Muzium

Faris Amsyar

My Blog List