Kedamaian Abadi

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat" Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Adab-adab menyambut kelahiran

(Adaptasi daripada Ihya’ Ulumiddin Imam Ghazali)



1) Jangan terlebih gembira dengan anak lelaki dan berdukacita dengan anak perempuan.



Sesungguhnya kita tidak mengetahui yang mana satu memberi kebaikan. Berapa ramai yang kita temukan dianugerahkan dengan anak lelaki tetapi tidak menginginkannya atau dengan kata lain dia lebih mengharapkan anak perempuan. Bahkan ada kala anak perempuan lebih membahagiakan dan pahala yang diperoleh daripadanya lebih banyak.



Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa’ ayat 11:



آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا



Maksudnya: lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.

Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: مَنْ كَانَتْ لَهُ ابْنَةٌ فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ أَدَبَهَا، وَعَلَّمَهَا فَأَحْسَنَ تَعْلِيمَهَا، وَأَوْسَعَ عَلَيْهَا مِنْ نِعَمِ اللَّهِ الَّتِي أَسْبَغَ عَلَيْهِ، كَانَتْ لَهُ مِنْعَةً وَسُتْرَةً مِنَ النَّارِ.



Maksudnya: Daripada Abdullah berkata: Aku mendengar rasulullah s bersabda: Sesiapa yang mempunyai anak perempuan dan dia mendidiknya dengan sebaik-baik didikan, mengajarnya dengan sebaik-baiknya dan melapangkannya dengan segala nikmat yang Allah anugerah kepadanya (ibu/bapa), nescaya anak perempuan itu menjadi penghalang dan pengadang daripada api neraka.


2) Melaungkan azan di telinga anak.



Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan Tirmidzi yang merupakan hadis Hasan Sahih:



عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ



Maksudnya: Daripada A’sim bin Ubaidillah bin Abi Rafi’ daripada ayahnya berkata: Aku melihat Rasulullah s mengazankan di telinga Hasan bin Ali dengan azan sembahyang ketika fatimah melahirkannya.



Diriwayatkan oleh Ibn Sunni secara marfuk daripada hadis Husain dengan lafaz;


مَنْ وُلِدَ لَهُ مَوْلُودٌ فَأَذَّنَ فِي أُذُنه الْيُمْنَى وَأَقَامَ فِي الْيُسْرَى لَمْ تَضُرَّهُ أُمُّ الصِّبْيَان



Maksudnya: Sesiapa yang dianugerahkan anak, maka dia mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri, nescaya ummu sibyan (Jin) tidak boleh memudaratkannya.



3)Juga disunatkan mengajarkan ucapan “لا اله الا الله” apabila kanak-kanak sudah boleh bercakap. Jadikan ucapan syahadah sebagai ucapan pertamanya. Berkata Ibn Juzai: Berkhatan di antara usia tujuh hingga 10 tahun kerana ia merupakan usia awal ibadat dituntut dan sunat membuat kenduri berkhatan bagi anak lelaki. Berkata Imam Ghazali: Khatan sunat pada hari ke tujuh berdasarkan hadis di dalam as-Sunan al-Kubra:


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ : عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ وَخَتَنَهُمَا لِسَبْعَةِ أَيَّامٍ.



Maksudnya: Daripada Muhammad bin al-Munkadir daripada Jabir berkata: Rasul s melakukan akikah untuk hasan dan husain dan khatan keduanya pada hari ke tujuh.


4) Memberikan nama yang baik.



Ini merupakan hak anak untuk mendapat nama yang baik. Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir:



عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بن أَبِي زُهَيْرٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"إِذَا سَمَّيْتُمْ فَعَبِّدُوا"



Maksudnya: Daripada Abd Malik bin Abi Zuhair daripada bapanya berkata: Sabda Nabi s: Jika kamu menamakan anak, maka letakkan nama yang membawa maksud perhambaan (Abd).



Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari:



عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : سَمُّوا بِاسْمِى وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِى

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah t bahawa sesungguhnya Nabi s bersabda: Namakan (anak kalian) dengan nama ku tetapi jangan mengambil gelaran seperti gelaran ku (Abu Qasim).



Anak yang keguguran juga sunat diletakkan nama. Juga disunatkan menukar nama yang tidak elok. Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud:


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ


Maksudnya: Daripada Abu Darda’ berkata: Bersabda Rasul s: Sesungguhnya kalian akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama-nama ibu bapa kalian, maka indahkan nama-nama kalian.



5) Akikah.



Untuk anak lelaki dua ekor kambing, manakala anak perempuan seekor kambing. Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan di dalam as-Sunan al-Kubra


عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« يُعَقُّ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ ». قَالَتْ : وَعَقَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ شَاتَيْنِ يَوْمَ السَّابِعِ وَأَمَرَ أَنْ يُمَاطَ عَنْ رَأْسِهِ الأَذَى. وَقَالَ : اذْبَحُوا عَلَى اسْمِهِ وَقُولُوا بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُمَّ لَكَ وَإِلَيْكَ هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَنٍ



Maksudnya: Daripada Aisyah daripada Nabi bersabda: Dibuat akikah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang (sama besar/sama umur) dan untuk anak perempuan seekor kambing. Berkata Aisyah: Rasulullah s membuat akikah untuk Hasan dan Husain dengan dua ekor kambing dan memerintahkan untuk mencukur rambut. Sabda Nabi s: Sembelihlah dengan nama Allah dan ucapkanlah “dengan nama Allah dan Allah maha besar. Ya Allah, untuk Mu dan kepada Mu akikah fulan ini”.



6)Juga termasuk di dalam perkara sunah bersedekah senilai timbangan rambut yang dicukur dengan nilaian emas atau perak. Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh Tirmidzi daripada Ali bin Abi Talib:


يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً قَالَ فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ


Maksudnya: Wahai Fatimah, cukurlah kepalanya (Hasan) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya dengan perak. Berkata Ali: Fatimah menimbang dan beratnya satu dirham atau sebahagian dirham.



Berkata Saidatina Aisyah: “Jangan dipatahkan tulang korban akikah”. Optimis tulang anak yang dilahirkan sempurna dan sihat.


7)Tahnik dengan kurma atau manisan.



Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim;



عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّهَا حَمَلَتْ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ بِمَكَّةَ قَالَتْ فَخَرَجْتُ وَأَنَا مُتِمٌّ فَأَتَيْتُ الْمَدِينَةَ فَنَزَلْتُ بِقُبَاءٍ فَوَلَدْتُهُ بِقُبَاءٍ ثُمَّ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ فِي حَجْرِهِ ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَنَّكَهُ بِالتَّمْرَةِ ثُمَّ دَعَا لَهُ وَبَرَّكَ عَلَيْهِ وَكَانَ أَوَّلَ مَوْلُودٍ وُلِدَ فِي الْإِسْلَامِ



Maksudnya: Daripada Asma’ sesungguhnya dia mengandungkan Abdullah bin az-Zubair di Mekah. Dia berkata: Aku keluar (dari Mekah) ketika hampir melahirkan dan memasuki Madinah. Aku singgah di Quba dan melahirkannya di situ. Kemudian aku menemui Rasulullah s lalu baginda meletakkan Abdullah di riba baginda. Kemudian baginda meminta kurma dan mengunyahnya kemudian meludah ke dalam mulut Abdullah. Benda pertama yang memasuki rongga Abdullah ialah air liur Rasulullah s kemudian mentahniknya dengan tamar. Kemudian baginda mendoakannya dan memberkatinya. Abdullah kanak-kanak pertama yang dilahirkan di dalam Islam.

untuk bacaan terperinci layari http://www.tanyasifu.com

Stress di Pejabat...??


RAMAI di antara kita akan mengalami ketegangan pada bahagian leher, bahu serta pinggang semasa atau selepas duduk lama di pejabat atau menggunakan komputer. Ketegangan ini biasanya disebabkan oleh otot-otot di bahagian leher, bahu serta pinggang bekerja atau berkontraksi secara statik (isometric contraction) dalam jangkamasa yang panjang.

Keadaan ini berlaku ketika melakukan kerja-kerja pejabat terutama jika bekerja dalam keadaan statik melebihi satu hingga dua jam dalam satu-satu masa.

Kontraksi statik otot-otot ini akan menyebabkan gangguan bekalan darah bernutrien dan beroksigen ke bahagian otak serta bahagian anggota pinggiran badan seperti tangan dan kaki.

Gangguan bekalan darah ini menyebabkan permintaan keperluan metabolisma sel meningkat, pengurangan sumber tenaga melalui proses metabolisma sel-sel, pengumpulan toksin hasil metabolisma sel serta menyebabkan sistem saraf kita lebih sensitif terhadap rangsang toksin.

Ini menyebabkan lebih lama anda mengekalkan kedudukan statik maka akan lebih tegang serta sakit yang akan anda alami pada bahagian otot leher, bahu serta pinggang.

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :

1.Pening dan sakit kepala

2.Ketegangan serta sakit leher serta bahu

3.Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat

4.Kebas dari bahu hingga ke hujung jari

5.Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip

6.Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung

7.Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki

8.Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan

Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai

Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.

Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan.

Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres.

Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:

Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 – 5 minit

Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan

Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan 5 – 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen.

Sumber : Utusan Malaysia/Kesihatan 06/10/2009

Mengapa Hati Kita MATI???

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Bagaimana keadaan ketika ajal menghampiri...

“Kullu nafsin dzaa iqotul maut” yang ertinya “Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati”. Adakah anda tahu bila anda akan mati? Hebat benarlah anda jika anda tahu bila anda akan mati hehe. Mengapa sepandai-pandai manusia tak ada seorang pun yang tahu bila dia akan mati? Haa, itu lah yang dinamakan perkara ghaib, kita mana la tahu tentang perkara-perkara ghaib ni, nama pun perkara ghaib, kita tak nampak. Ajal, jodoh, rezeki semua adalah termasuk dalam perkara ghaib yang berada di masa hadapan. Kita tak boleh nampak masa hadapan kita, kalau ada yang kata nampak itu semua adalah tipu daya dan mainan syaitan belaka, so jangan percaya benda-benda begitu yer Cuma ada sesekali tu Allah bagi clue, maknanya seseorang itu akan tahu bahawa ajalnya telah dekat, tetapi tak bermakna dia tahu bila tarikh dia akan mati dengan tepat. Semua itu adalah rahsia Allah S.w.t.
Kenapa kali ini ana bawa kan topik bagaimana keadaan kita masa nak mati nanti? Kerana ana pun nak minta tolong sebenarnya ni. Ya la, kan kita tak tahu bila kita akan mati dan bagaimana keadaan kita akan mati nanti. Untuk itu ana hanya nak minta tolong, agar kita sama-sama saling berdoa pada diri, keluarga, sahabat dan semua orang beriman dengan Allah agar kita dimatikan dalam husnul khotimah dan dalam keadaan yang tidak mengerikan. Seriau bulu roma ni kalau bercakap soal mati ni, tetapi itulah hakikatnya yang kita semua ni akan menghadapinya nanti. Nak ke tak nak kita dah tak boleh lari. Nak lari ke mana? Ke planet Pluto? Ke bulan pun kita tak mampu nak lari, nak lari ke planet Pluto macam mana? Tafakkaruuuu ya ayyuhal ikhwah.
Lagipun nabi ada pesan yang siapa yang sentiasa ingat mati ni adalah orang yang paling pandai. Kenapa dikatakan pandai? Antaranya kalau kita sentiasa ingat mati, maknanya kita akan takut buat dosa kerana terhalang dengan perasaan takut akan diazab selepas mati nanti. Apabila kita tak buat dosa maka kita akan jadi senang lah di akhirat nanti, tak ke pandai namanya tu? Kita kena berfikiran jangka panjang, kalau setakat wawasan 2020 itu belum panjang lagi, pendek ceteot je tu. Wawasan yang panjang adalah wawasan akhirat yang mana di sana nanti adalah negeri yang abadi dan unlimited. Tak macam kat dunia nih, kita berwawasan setinggi gunung pun akhirnya kita jatuh ke kubur jugak, tak bawa pun harta benda kita sama-sama, tak gitu? Kerana harta benda ini adalah dunia, dan dunia akan hancur so macam mana nak guna harta benda kat alam barzakh dan alam akhirat sedangkan harta ni akan hancur nanti?
Kalau kita tengok dengan hal ehwal dalam dunia sekarang, ada macam-macam bentuk kematian saban hari. Kalau kita tengok tanpa merenung dan berfikir dalam-dalam, mungkin kita merasakan yang ianya tiada kaitan dengan kita. Kita tak mungkin akan berada dalam situasi tersebut pasal kita sedang aman, mewah dan ramai kawan sekarang dan sebagainya. Tetapi sebenarnya bila-bila masa sahaja kita akan jadi seperti yang kita tengok kat kaca-kaca television, dengar kat radio, baca kat surat khabar, internet dan sebagainya.
Jika kita lihat para nabi, mereka semua bersusah hati dengan nasib umat mereka, mereka tidak senang duduk jika tahu ada saudara yang dalam kesusahan. Tidak macam kita sekarang, ada saudara sesama Islam kita yang susah dan menderita kat mana-mana kita buat dek je, dan masih lagi boleh berseronok dan berhibur tanpa ingat pada akhirat, sedih jugak kan? Di mana perasaan kasih dan sayang kita sesama saudara kita? Kalau kita imbas kembali pesan nabi dalam hadith sahih yang bermaksud “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya”. Hai, takut juga mendengarnya kan? Apakah kita ini sudah sampai tahap kasih pada saudara kita yang lain sepertimana kita kasihkan diri kita sendiri? Alamak!!!
Sebab tu ada doa yang ajar kita agar kita berfikiran seperti para nabi, tetapi bukanlah nak jadi nabi, jangan salah faham tau!!! hehe Sama lah macam kita disuruh meniru akhlak nabi, so begitulah juga dengan meniru pemikiran para nabi yang antara lainnya dalam soal ini mereka amat kasih pada saudara2 mereka dan akan susah hati jika ada orang lain susah. Dan akan berdoa pada Allah untuk kesejahteraan umat dia di dunia dan akhirat.
Doa yang saya maksudkan di atas tentang minta pada Allah agar diberi fahaman para nabi tu yang sambungannya berbunyi “war zuqnaa fahman nabiyyiin”. Maksudnya, “dan berikanlah kami rezeki kefahaman para-para nabi”. Apabila kita ada kefahaman para nabi, baru lah kita tak mudah terpengaruh dengan faham sosialis ke, fahaman komunis ke, fahaman racis ke dan sebagainya.
So berbalik tentang keadaan kita akan mati nanti, itu lah yang saya menyeru agar kita sama-sama berdoa sesama kita dan saling mengingat untuk berdoa. Doa untuk matikan kita dalam husnul khotimah dan memudahkan proses kematian kita. Yang saya rasa kebanyakan antum sudah tahu doanya, cuma amal je belum tentu huhu . Ana bagi dalam bentuk rumi sahaja di sini doa tu dan ana harap antum cari sendiri dalam arabicnya ya!!! Tanya la para-para ustaz yang antum kenal yaa
“Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wa laa takhtim ‘alainaa bi suu il khotimah” yang ertinya “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah (kesudahan yang baik) dan jangan lah akhirkan hidup kami dengan suul khotimah (kesudahan yang buruk)”.
Dan satu lagi doa;
“Allahumma hawwin ‘alaina fii sakarotil maut” yang ertinya “Ya Allah, permudahkan kepada kami ketika sakaratul maut”.
Untuk itu sama-sama lah kita berdoa sentiasa ya, agar kita sama-sama mendapat rahmat Allah untuk mengakhirkan hidup kita dengan kesudahan yang baik dan dalam keadaan yang tidak begitu sukar. Semoga Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani mengabulkan doa kita, aamin, taqobbalallahu minna wa minkum, taqobbal yaa Kariim”.
Maksud hadith; “Setiap kebajikan itu adalah sedekah“. HR Bukhari dan Muslim.
Wallahu a’lam

Ehsan hikmatun wordpress

About Me

."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

Waktu Solat

Foto Keluarga & Teman

Foto Keluarga & Teman
Nik Faris Amsyar

Geng Menuju Puncak

Night View at KLCC

Abg Mie and The Gang

CaK!!!! Kenangan Di Muzium Negara

Angah,Faris,Hidayah,Wani,Abg Ngah and Along

Geng GBS

Gambar kenangan Di Muzium

Faris Amsyar

My Blog List